Wednesday, 27 March 2013

Kursus dalam cuti

         Pada akhir November 2010, saya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dalam Kursus Diploma Perguruan,Kursus Dalam Cuti YIT,bertempat di Kampus Dato' Razali Ismail,di Institut Perguruan Batu Rakit,Kuala Terengganu.

        Sebelum mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran terlebih dahulu saya berbincang dengan suami dan keluarga kerana saya sedang bekerja sebagai seorang guru tadika,yang sedang bertugas di tadika YIT Taman Permin Jaya Cendering dan mempunyai dua orang anak perempuan.

        Pada usia mencecah pertengahan empat puluh-an,saya rasa apa salahnya merebut peluang yang diberikan oleh majikan untuk menyambung pelajaran bagi mengambil Diploma Pendidikan Pra Sekolah semasa cuti sekolah selama tiga tahun setengah.


        Kursus dalam cuti atau KPDM Pra ini telah banyak memberikan pengalaman dan pendedahan tentang pengunaan Teknologi IT,Kemahiran bermain alatan muzik dan mengasah vokal,pendedahan tentang Ilmu Psikologi,Ilmu Pendidikan,Bimbingan Kaunseling,Pendidikan Jasmani dan Kesihatan,Sukan Olahraga, Pendidikan Seni Visual,Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Alam Sekitar.

        Walaupun ia adalah pengalaman baru kepada saya,Insyaallah saya akan aplikasikan dalam P&P didalam kelas, agar ia dapat  mencapai objektif . sekaligus, mendidik kanak-kanak Prasekolah menjadi insan yang berilmu, berakhlak mulia, dan mewujudkan generasi berwawasan di masa akan datang.

       Sokongan suami, anak-anak, keluarga , kerjasama rakan-rakan serta tunjuk ajar dan bimbingan oleh para pensyarah yang tidak henti mencurahkan ilmu kepada kami  pelajar dewasa , dapat menguatkan semangat dan memberikan  keyakinan kepada saya bagi meneruskan pengajian yang akan berakhir bulan Jun 2014 nanti.Insyaalah.

       Di sini saya lampirkan gambar kenangan saya bersama rakan dalam program Aktiviti Luar di Pulau Redang pada bulan Mei yang lalu.Bergambar kenangan bersama rakan ketika perjalanan untuk jungle tracking.







Gambar berehat seketika ketika junggle tracking.


No comments:

Post a Comment