Kursus Dalam Cuti yang di anjurkan oleh Yayasan Islam Terengganu, adalah untuk pengambilan Diploma Perguruan bagi lepasan Ijazah dan Diploma. Ianya bertujuan untuk memantapkan ilmu perguruan dikalangan guru dalam major PRASEKOLAH.
Tempoh pengambilan guru berijazah adalah selama setahun setengah yang mana tempat kuliah di IPG Kampus Sultan mizan, Besut, Terengganu. manakala pengambilan bagi guru Diploma selama tiga tahun setengah, bertempat di Kampus Dato'Razali Ismail, Batu Rakit , Kuala Terengganu.
Kuliah bermula apabila bermulanya cuti sekolah iaitu cuti sekolah bulan Mac selama 1 minggu, cuti sekolah bulan Mei-Jun selama 2 minggu, dan cuti November-Disember selama 5 minggu.
Bagi ambilan November-Disember untuk guru lepasan ijazah 2010, telah tamat bulan Jun yang lalu.
Di sini saya ingin merakamkan foto saya bersama rakan di bilik kuliah ketika kuliah Pendidikan Seni Visual. Kelas Seni visual ini meberikan pendedahan fentang berbagai teknik dalam kemahiran seni iaitu membentuk dan membuat binaan, melalui teknik subtraction, subtitute, addition, dan manipulation.
Di samping dapat memperkembangkan kemahiran serta ilmu kepada kanak-kanak ianya juga mengasah serta memperkembangkan bakat guru-guru pelatih.

No comments:
Post a Comment